gembira rasanya
seorang sahabatku bakal melangsungkan perkahwinan
gembira rasanya
bila dapat membahagikan orang lain
gembira rasanya
kerana aku dilahirkan islam
sedih rasanya
bila aku seperti kertas kosong
hanya bila berguna tika saat genting
sedih rasanya
hanya dilahirkan islam
tetapi akhlak dan tanggungjawabku
sudahkan tertunaikah seperti islam mahukan
sedih rasanya
adakah aku mampu
mampu memberikan kebahagiaan pada semua
mampukah aku menunaikan janjiku buatNya
gembiranya dan sedihnya hati ini
ketika ini
saat menunggu kehadiran waktu maghrib
saat menantikan jawapan kepada setiap persoalan
semoga segala dosaku diampun ya Rahman ya Rahim
berikan aku kekuatan
semoga aku bertindak waras
di atas setiap dugaan hati yang Engkau timpakan…
beberapa hari ini…
hati gelisah xmenentu..
memikirkan diri ini…
sentiasa bersedih hati..
dengan keadaan diri…
keadaan diri…
yang aku rasakan semakin teruk…
teruk dengan pelbagai ragam…
mungkin perbuatan aku tidak disukai…
mungkin percakapan aku mengguris hati sesiapa…
mungkin yang paling aku takutkan…
aku melukakan hatiNya…
bagaimana aku mahu berhadapan denganMu nanti ya Rabb..
aku malu denganMu…
aku hina…
aku makhluk yang selalu tak bersyukur dengan nikmatMu…
aku leka..
aku gagal…
akulah mungkin poison catalyst
aku cuba ya Allah
tetapi dalam keadaan tertentu…
aku hanyut..
bantulah…
aku perlukan tangan yang sudi membimbing diri ini…
membimbing daku ke syurgaMu…
adakah kita masih dalam tidur yang lena sehingga menyebabkan kita terlepas apa yang ada gi genggaman…terlepas sehingga kita menyesal di kemudian hari…
hidup ini
bukan hanya sendiri
hidup ini
ada ertinya kita berkongsi
hidup ini
adalah satu pelaburan
bukan hanya untung sendiri
bukan hanya kenyang sendiri
hidup ini
indahnya jika kita berkongsi
bersama merasa suka dan duka
indahnya hidup ini
“sharing is caring”
bukan hanya sendiri
hidup ini bukan sendiri
hidup ini perlukan rakan dan taulan
bukan hanya mencari ketika susah
bila dah senang kita meninggalkan
hidup ini adalah perkongsian
life is about sharing…
Nilai hidup itu bererti kerana Allah dan mati keranaNya juga tidak sia-sia, tidak berbaloi hidup itu selain kerana Allah
duhai insan
bersabarlah dengan segala mehnah yang datang
apakah kau tidak yakin
dengan ayat suci Tuhanmu
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya
yakinlah wahai insan yang berduka
pasti ada hikmah sebaliknya
bersabarlah insan
kita hanya merancang
tetapi Dia adalah sebaik-baik perancang
bersabarlah insan
kuatkan diri dengan mengingatiNya
basahkan lidahmu dengan memuji namaNya
mengadulah insan
mengadulah terhadapNya
Dialah sebaik-baik pendengar
yakinlah insan
pertolongan Allah itu sudah pasti
ketika dan bila belum dapat kita ketahui
yakinlah
dengan nama Tuhanmu yang menciptakan
semoga kesabaran itu mendapat ganjaran disisiNya
ameen
Ketika aku suka
Kelilingku penuh dengan teman
Ketika aku senang
Semua temanku ad dimana-mana
Ketika aku sudah
Ke mana mereka menghilang
Ketika aku derita
Mereka di mana
Susuk tubuh mereka susah kujumpa
Ketika aku kecewa
Kelihatan mereka gembira
Pada mereka aku sudah terpadam
Dalam memori ingatan mereka
Teman ketawa mudah kujumpa
Teman menangis hanya Allah mampu temukan aku dengan mereka
Bila hati kotor.
Semuanya boleh belaka
Yang halal jadi haram
Yang haram jadi halal
Bila hati kotor
Semuanya hanya biasa saja
Bila buat maksiat
Rasa tak bersalah langsung
Seronok lagi ada
Kononnya tak siapa yang tahu
Bila hati kotor
Hidup tiada pegangan
Nafsu jadi panduan
Bila hati kotor
Apa yang alquran cakap semua tak guna
Apa yang nabi SAW bagi
Semuanya sia-sia
Bila hati kotor
Carilah ubatnya
Jsngan diam macam batu
Bila hati dah hitam baru nak menyesal